Sunday, June 5, 2011

luahan hati je..


apa perasaan anda bila melihat tayar kereta anda menjadi seperti ini?? marah?geram?suka?riang ria?? hahahaha ntah la.. kalau tanya aku mmg bercampur baur la perasaan aku sekarang ni...
aku marah sebab tak dapat hadir kenduri kahwin kawan satu sekolah aku,aku geram sebab celaka mana yg pedajal kereta aku ni belum dapat di kesan,aku suka sebab ni first time aku buat report polis hahahaha mcm ape je.... yg buat aku rasa riang ria kerana kereta si dia....yg aku suka pon terbabit sama..
bayangkan lah.. aku merupakan org pertama yg perasaan kejadian ni,lepas tu aku bgtau kt sidia tu, bila dia sampai tempat tu.. sepanjang masa berkepit je dgn aku.. pergi buat report sama-sama,pergi buat laporan susulan dekat IPD pon sama-sama,pergi makan sama-sama pendek kata sepanjang masa lah.. bila da jadi mcm tu,segala rasa marah,geram,menyirap terus hilang..aku terus jadi insan yg paling cool.. hahahaha magic kn??? biasanya kalau perkara mcm ni berlaku habis semua makhluk yg lalu depan aku kena maki hamun.. tapi kejadian hari ni buatkan aku rasa lain... lain sangat2.. aku rasa bukan diri aku yg sebenar.. mcm ada suatu kuasa ajaib yg menghalang aku buat semua tu.. aku boleh jadi tenang mcm takda apa2 yg berlaku.. adakah kerana sidia yg buat aku jd mcm tu?adakah aku cuba berlagak macho dan cool?? jawapannya TAK!!! aku memang jadi mcm tu secara tiba2.. apa yg aku rasa,bila sidia ada di samping aku..aku terasa tenang sekali.. hahaahaha aku pun tak berapa fikir sangat pasal kereta aku.. ye la mcm takda apa2 yg berlaku... tapi dalam hati berkecamuk juga.. mcmana nk balik,nk tukar tayar kt mana hari minggu mcm ni,duit lagi nk keluar tapi semua tu tak terfikir saat aku menatap wajah sidia yg manis tu.. huhuhu
aku sebenarnya tak tau apa yg aku cuba nk sampaikan ni.. hahahaha mungkin nk bagitahu korg semua,tiap apa yg berlaku pasti ada hikmahnya.. mcm apa yg aku tulis ni, bila kejadian mcm ni berlaku,hikmahnya aku semakin rapat dengan sidia.. tu je.. hikmah lain aku tak nampak lagi... hehehehe apa2 pon aku redha dgn apa yg berlaku,setakat harta benda yg rosak boleh diganti,kasih sayang yg telah pergi tak boleh ganti2 mcm ni.. betul tak? setakat ni je lah ye.... nanti kalau ada cerita lain aku tulis lagi.. saje je nk kongsi2.. lalalalala assalam

No comments:

Post a Comment